Wednesday 7 January 2015

"Bila otak mula meragam"

                         


Pertengahan Januari membuka mata daripada terus lena dari kegagalan hidup yang banyak menghantui sepanjang semester pertama dahulu .Permulaan semester dua tidak lah begitu baik tetapi masih diwarnai dengan perkara positif dimana “confident level” saya sudah meningkat dek kerana satu program daripada kelab Persatuan Mahasiswa Kejuruteraan Elektrik yg membuka tenaga terpendam saya untuk menjadi leader dimana saya memegang watak sebagai Penghulu . Oleh kerana jawatan Penghulu, saya banyak berkomunikasi dengan peserta lain dan berinteraksi dengan President kelab dan orang2 yg berjawatan dalam organisasi PMKE .Selepas cuti pertengahan semester tamat mulalah kehidupan yg baru dimana mahasiswa perlu berenang membelah lautan ,membina keyakinan di sebuah pulau ,membangunkan ilmu untuk menempuh Quiz ,Test dan Final exam yg begitu menggerunkan .Diselitkan dengan ketiadaan telefon pintar saya yg rosak baru2 ini ,masalah nama tiada dalam system ,masalah Ptptn yg belum selesai ,kehilangan pendrive , telah menyebabkan hati ini penuh resah gelisah .Ditambah dengan lecturer yg kurang ilmu dengan teknik pembelajaran masa kini telah menyebabkan ilmu didada kurang dan tekanan “carry mark” yg menular dek kerana kurangnya kefahaman .Namun jangan risau kerana perjuangan ini belum tamat dan apa yg perlu dilakukan hanyalah dengan membuat “comeback”.Maksudnya, dengan membuka helaian baru pada tahun baru untuk mencorak kehidupan yg lebih bombastic.Tidak terlalu lewat untuk membuat comeback dan yg paling penting adalah kekuatan dalaman dimana kehendak untuk berjaya itu tinggi dan nafsu kemalasan diletak tepi sebentar.

No comments:

Post a Comment